small logo

PendahuluanYang Jahat Perlawanan Akhir
Tahun Baru Terbesar Kerajaan Syurga Agung  Versi
DUNIA BARU
ISLOWHORN @ ILLH (YSI HSN) DAN HANYA ISLOWHORN @ ILLH (YSI HSN) MENGETAHUI SEGALANYA

Laman web ini merujuk Dajal-dajal atau Nas sebagai Golongan Atas, Golongan Islam Sebenar, Bangsa Bercahaya atau Bangsa Bersinar secara tukar ganti.

Yom didalam bahasa-bahasa berasal dari Aramaik boleh bermakna hari, bulan atau tahun. Laman web ini menggunakan hari jika maksudnya ialah hari, 'hari' jika maksudnya ialah bulan dan "hari" jika maksudnya ialah lebih sebulan atau tahun.

 
DUNIA BARU DAN BUMI-BUMI BARU BABI
Dan sedikit mengenai Dunia Baru.


BUMI INI AKAN DIMUSNAHKAN. BEGITU JUGA DUNIA INI.
 



"Pada hari-hari ditukar bumi dengan bumi-bumi lain, begitu juga langit. Dan mereka akan menghadap ILLH, Satu-satunya Pencipta", Ilqrin 14:48 (diperbetulkan). Banyak bumi-bumi baru yang sangat nyaman untuk didiami Umat Manusia. "Dan kamu melihat langit dan bumi-bumi yang baru: kerana langit dan bumi lama sudah tiada lagi", Petunjuk 21:1 (diperbetulkan).


Untuk menampung Umat Manusia sehingga sistem alam Dunia dimusnahkan selamanya (mungkin lebih kurang 1 trillion), keluasan "bumi-bumi baru" sekurang-kurangnya 160 kali keluasan bumi lama diperlukan. Persoalan yang sukar membuat manusia ini memohon "ILLH, Tunjukkan kepadaku sedikit lagi tentang Babi". Ilqrin 21:104 "Kami menggulung langit seperti gulungan kitab digulung *. Sebagaimana Kami mulai Permulaan-permulaan mahluk (Penciptaan, Penebaran)+, begitu juga Kami akan mengulanginya" dan Ilqrin 10:34 "... ILLH Memulakan mahluk dan kemudian mengulanginya". Didalam Kesaksian-kesaksian "Maka menyusutlah langit seperti gulungan kitab digulung; dan bergeserlah gunung-gunung dan pulau-pulau dari tempatnya", Petunjuk 6:14 (tetapi jangan percaya 6:13, ia adalah kepalsuan kerana tidak ada bintang akan jatuh kebumi). Ia adalah proses Permulaan sebuah Dunia dengan ramai yang menyaksikannya.

Nampaknya, "Babi" ialah "bumi-bumi baru" didalam "Dunia Baru". Sekarang kita lihat lumrah haiwan babi. Babi ialah haiwan yang mempunyai banyak anak dan gemuk!  Nampaknya ia bermodelkan sepasang babi dengan anak-anak mereka - "Bapa babi", "Emak babi" dan "anak-anak babi". Satu "bumi besar" (Bapa Babi), satu "bumi agak besar" (Emak Babi) dan banyak "bumi-bumi yang kecil" (anak-anak Babi). ILLH menyembunyikan "Pintu Syurga" dengan lumrah haiwan ia Dinamakan, babi. Ilqrin menyatakan "Gunung-gunung dimusnahkan dan bumi akan diratakan serata-ratanya" (secara logik, benda yang 'diratakan', ia akan 'dilipat'). Bumi dan sistem solarnya akan dimusnahkan selepas "Pertunjukan Terbesar". Penciptaan terakhir adalah satu-satunya Penciptaan disistem alam Dunia yang ada penonton-penonton. Dan tidak ada spesis-spesis lebih baik untuk menyaksikannya dari yang pintar dan Amanah (Umat Manusia, mlykt, dll) yang tentunya akan mengkaguminya.

Berapa banyak "bumi-bumi Babi"? Mungkin dua belas- dua bumi besar dan sepuluh bumi-bumi kecil. Bumi-bumi baru adalah seperti berikut  - 'Bapa Babi', 'Emak Babi' dan 'sepuluh anak-anak Babi'. Malah, "anak-anak Babi" mungkin lebih besar dari "bumi lama". Garispusat bumi-bumi baru itu mungkin diantara 1.5 hingga 4 kali garispusat "bumi lama". Ilqrin menyatakan "hari akan lebih panjang" membuktikan ini kerana bumi-bumi baru besar berputar lebih perlahan untuk graviti-graviti mereka lebihkurang sama dengan graviti "bumi lama" (sekiranya Hukum Fizik Baru lebihkurang sama Hukum Fizik Lama). Dajal-dajal telah memalsukan penerangan mengenai Babi didalam Kesaksian-kesaksian menjadi kepada dua belas bumi tanpa matahari.

Siapa yang tidak mempunyai kad jemputan ke"Pertunjukan Terbesar diDunia" oleh ILLH ini? Mereka yang cuba membuat Pertunjukan Terbesar itu sendiri - Dajal-dajal dan Iblis. Hinggakan anjing, kucing, babi, tikus, dll mungkin mempunyai kad jemputan untuk kePertunjukan Terbesar diDunia ini. Dan yang tidak mempunyai kad jemputan akan dimusnahkan (dan dihantar keNeraka) sebelum Pertunjukkan Paling Spektakular diDunia ini bermula. Malah, kehancuran mereka menandakan yang Pertunjukan Terbesar ini hampir bermula. Ilqrin 18:51 "Kami tidak akan Menjemput mereka (Iblis dan turunannya [Nas]) untuk menyaksikan Penciptaan langit dan bumi-bumi".


NOTA * : 'Penggulungan' bintang-bintang lama (Pengakhiran), diikuti dengan 'penebaran' bintang-bintang baru (Permulaan). Bumi (dan sistem solarnya), satu-satunya perkara yang tidak 'dilipat' sehingga selepas Pertunjukan Terbesar akan menjadi 'galeri penonton-penonton'. ILLH tidak hanya akan Menunjukkan Penciptaan sebuah Dunia tetapi juga Pengakhiran sebuah Dunia! Cuma dalam Pertunjukan Terbesar ianya terbalik - Pengakhiran (Penggulungan) diikuti oleh Permulaan (Penebaran). Pertunjukan Terbesar dikira berlaku sekitar awal proses pembukaan Era Babi.

+ Kami mendapati ILLH telah Membuat beberapa Penciptaan dan Pengakhiran didalam sistem alam Dunia sebelum ini.

CATATAN : Bintang-bintang yang dimusnahkan tidak akan meninggalkan sisa-sisa (debris). Ini adalah kerana sesuatu yang terkena Kod Kemusnahan akan hancur (disintegrate) menjadi 'tiada'. Penghantaran kod-kod Kemusnahan (atau Pembentukan) adalah dengan ketepatan mutlak (tiada kod yang tersasar).


MATHEMATIKS, SAINS, DLL

Ayat-ayat ILLH selalunya boleh didekodkan menggunakan mathematiks mudah (operasi campur, tolak, bahagi, kali, Xor, Nor, Or, dsb). Tetapi kadang-kadang kalkulus (pengkamilan, pengkerbedaan, dsb) perlu digunakan. Menggunakan mathematiks tahap tinggi, kami akhirnya memperoleh bilangan dunia-dunia didalam sistem alam Dunia.

Sains juga begitu. Petunjuk-petunjuk mengenai Penciptaan atau Pengakhiran begitu sukar untuk kami fahami. Dan apa yang kami faham boleh tersilap (kami harap tidak). Bagaimanapun setengah perkara kami boleh faham dengan mudah.; Seperti "Jika kamu ambil sebutir pasir dan kamu belah dua, dan kamu ambil satu belahan pasir itu dan kamu belah lagi. Dan seterusnya, akhirnya kamu mendapati tidak ada apa lagi untuk dibelah". Kami tahu yang semua benda didunia ini sebenarnya 'tiada'. Inilah pelajaran sains yang paling penting untuk memahami Penciptaan atau Pengakhiran.

Bagaimanapun, kenyataan-kenyataan seperti "Dinosaur tinggal 150 juta tahun dahulu ditempat yang sekarang dipanggil Wyoming", "Teluk Arab terbentuk kira-kira 15,000 tahun dahulu", "Satu Dunia", "Globalisasi", dll adalah tersangat bodoh kepada kami. Cuma kerana ILLH Meletakkan fossil-fossil dinosaur diWyoming tidak membuat kami percaya membuta-tuli yang dinosaur pernah tinggal disana (kerana ia menyangkal Ayat-ayat ILLH yang dunia ini Dicipta kira-kira sepuluh ribu tahun dahulu). Bumi lain dinosaur dahulu (yang telah dimusnahkan) mungkin lebih dua kali saiz bumi ini. Theori-theori bodoh yang banyak terdapat sekarang kebanyakannya adalah ciptaan-ciptaan orang-orang yang Tidak Amanah (dajal-dajal dungu).

Umat Manusia selalu lupa asas-asas Keimanan kepada Tuhan seperti ini; Jika Tuhan boleh Mencipta sesuatu dari 'tiada', apalah Membuat sesuatu perkara 'tua' kepadaNya. Atau, Mengalih perkara dari satu tempat kesuatu tempat lain. DiBabi, Umat Manusia akan menyaksikan yang telah 'tua' boleh dikembalikan kepada 'muda' kembali. Tuhan Berkuasa atas segalanya.

Nota : Kitab-kitab ILLH dengan jelas menerangkan yang sudah ada beberapa dunia sebelum dunia ini dan sebuah dunia lagi selepas dunia ini. Dan menerangkan yang dunia ini Dijadikan dalam masa enam 'hari' (bulan) kira-kira sepuluh ribu tahun dahulu. Sebab kenapa ILLH Meletakkan fossil dinosaur dibumi ini mungkin ini; untuk menunjukkan betapa dungunya orang-orang Tidak Amanah (dajal-dajal). Dajal-dajal dungu pun mengeluarkan bermacam-macam theori - Theori Evolusi, dll. Sebenarnya, theori-theori ini diada-adakan oleh dajal-dajal untuk untuk menyangkal yang ILLH Sungguh Berkuasa atas segalanya.

Sungguh dungu dajal-dajal pembohong itu - hinggakan tulang dinosaur pun boleh menipu mereka! Sebenarnya, dinosaur adalah didunia yang diCipta di'Zaman Kanak-kanak' ILLH. Umat Manusia adalah didunia yang diCipta di'Zaman Remaja' ILLH.



ASAS SAINS KEJURUTERAAN SISTEM-SISTEM ALAM
Penciptaan (Penebaran, Permulaan) dan Pengakhiran (Penggulungan, Penamatan).



HANYA 'ISIAN-ISIAN' (CONTENTS) DIMUSNAHKAN DAN DICIPTAKAN SEMASA PENGAKHIRAN DAN PENCIPTAAN. 'TEMPAT PENGISIAN' (CONTAINER) DIKEKALKAN DENGAN PERUBAHAN-PERUBAHAN.

Apabila ILLH Membuat proses-proses Pengakhiran dan Penciptaan yang akan datang, program 'tempat pengisian', sistem alam Dunia dikekalkan. Hanya 'isian-isian' (bintang-bintang, planet-planet, bulan-bulan, dll) dimusnahkan atau diciptakan semasa proses-proses ini. Bagaimanapun, Hukum Fizik yang dikawal pada tahap 'tempat pengisian', akan ditukar kepada Hukum Fizik baru 'mirip Syurga' semasa Penciptaan.

Kami membayangkan berapakah tahap Reynolds untuk peralihan aliran laminar kepada turbulen air didalam Dunia Baru. Mungkin peralihan itu akan mempunyai angka Reynolds jauh lebih tinggi. Atau wujudkah air diDunia Baru?  Kerana 'air' diDunia Baru boleh jadi benda lain (Kimia baru). 'Air' diDunia Baru boleh jadi 'air mirip Syurga' (heavenly water).

Satu perkara yang kami kami pasti - buku-buku kejuruteraan, fizik, kimia, biologi, geografi, geologi, astronomi, teknologi maklumat, dll perlu ditulis semula untuk Dunia Baru.

Cuba bayangkan berapa banyak 'pengisian semula lautan' diperlukan sekiranya Kod-kod ILLH yang digunakan dalam proses-proses Pengakhiran dan Penciptaan ini ditulis menggunakan air lautan sebagai tinta. Mungkin bertrilliun-trilliun 'pengisian semula lautan'. Walaupun Kod-kod ILLH sangat mampat (super compressed). Semasa proses Penciptaan, kod-kod bertukar membentuk objek-objek. Semasa proses Pengakhiran, objek-objek berkecai (disintegrate) menjadi kod-kod semula.

ILLH Memberi setiap 'koleksi (housing)' (b) utama objek-objek (bintang, planet, bulan, dll) 'pemegang (handle)' dengan kodnama unik.

Nota : Semasa Pengakhiran, unsur-unsur akan kehilangan sifat-sifat mereka (warna, berat, isipadu, tarikan, dll) sebelum bertukar menjadi kod-kod semula.




Umat Manusia yang berminat dalam bidang Sains Kejuruteraan Sistem-sistem Alam patut bersedia kerana ILLH akan Membuat Pengakhiran dan kemudian Permulaan dunia. Persoalan yang menarik dan sukar - sekiranya cahaya dari bintang-bintang mengambil berjuta tahun cahaya (light years) untuk sampai kepada kita, kita tidak akan dapat melihat bintang-bintang 'dilipat'. Ini adalah kerana cahaya bintang-bintang yang 'dilipat' (tidak ada lagi) akan terus kelihatan berjuta tahun cahaya selepas itu!  Dan cahaya bintang-bintang baru yang 'ditebar' akan hanya sampai berjuta tahun cahaya selepas mereka dijadikan.

Permulaan tidak tertakluk kepada Hukum Fizik tertentu. Satu Hukum Fizik diwujudkan selepas satu proses Permulaan. Dalam proses Pengakhiran pula, Hukum Fizik dimansuhkan (dilipat). Nampaknya ILLH akan Menghilangkan Hukum Fizik 'lama' disistem alam Dunia kecuali disekitar Bumi dan sistem solarnya semasa proses Pengakhiran dan Mengurniakan Hukum Fizik Baru yang menarik semasa proses Permulaan. Bumi dan sistem solarnya, perkara terakhir diDunia lama, akan dimusnahkan selepas Pemindahan Besar keBabi diDunia Baru yang baru diCipta.

Jawapan kepada persoalan sukar diatas adalah seperti berikut;  Untuk bintang-bintang yang 'dilipat', bukan hanya mereka akan dihilangkan tetapi jalur-jalur cahaya (light paths) mereka juga akan dihilangkan ('dilipat') pada masa yang sama. Untuk bintang-bintang baru yang 'ditebar', bukan hanya mereka diwujudkan tetapi jalur-jalur cahaya lengkap mereka juga akan diwujudkan pada masa yang sama. Kita tidak perlu menunggu berjuta tahun cahaya untuk melihat 'bintang-bintang yang dilipat' hilang atau 'bintang-bintang baru yang ditebarkan' muncul.

Malah, kita boleh melihat proses-proses Pengakhiran diikuti dengan Permulaan itu secara terus-menerus (live) kerana jalur-jalur cahaya bintang-bintang akan berubah mengikut ('in tandem' atau 'animated real-time') bintang-bintang yang sedang 'dilipat' atau 'ditebar' itu!  Proses Pengakhiran atau Permulaan memakan masa hanya sedikit 'hari' (bulan) sahaja. Mungkin ILLH akan Membuat satu 'hari' sebagai 'intermission' ('hari' tidak berbintang) diantara proses Pengakhiran dan Permulaan itu. Inilah masanya hanya Bumi dan sistem solarnya yang tinggal disistem alam Dunia ini (wow!). Semasa Permulaan, kita sebenarnya tidak melihat cahaya dari bintang-bintang baru itu tetapi dari cahaya dari jalur-jalur cahaya yang dijadikan bersama mereka.

Sebenarnya, cahaya (yang berasal dari) kebanyakan bintang (bukan Matahari yang dekat) tidak pernah sampai keBumi (galaksi terjauh diketahui mempunyai redshift 6.56 atau 14 billion tahun cahaya). Ini adalah kerana umur dunia ini (lebih kurang sepuluh ribu tahun, umur sistem alam Dunia dianggarkan lebih 500 juta tahun) adalah jauh kurang dari masa yang diperlukan untuk cahaya kebanyakan bintang sampai keBumi. Apa yang kita lihat kebanyakannya adalah cahaya-cahaya dari jalur-jalur cahaya bintang-bintang yang diwujudkan lengkap semasa bintang-bintang itu diwujudkan. Pengetahuan mendalam dalam bidang Animasi Multimedia, Teknologi Maklumat, Fizik, matematiks, dll diperlukan untuk betul-betul memahami semua ini. Tidak banyak diperlukan untuk bergembira menyaksikan semua ini - jadi yang Amanah (seperti Umat Manusia).

Umat Manusia pakar-pakar Fizik, Kimia, Biologi, dll sepatutnya bersedia untuk mengumpul sebanyak ilmu dari kejadian-kejadian besar ini. Pengetahuan ini sangat berguna kepada Umat Manusia pada masa akan datang. Kenapa ILLH Mengurniakan semua ini jika tidak sangat berguna kepada Umat Manusia? Oh ya, ILLH Membuat dinding-dinding seperti 'skrin televisyen'. Ini membuktikan terdapat jisim-jisim tersangat laju (jauh lebih laju dari cahaya) yang tembus apa-apa yang boleh dimanafaatkan dengan mudah (kami tidak nampak modem atau alat-alat lain). Kegunaan - Lebuhraya Super-lebar Super-laju informasi Angkasa-lepas (Antareksa) Tanpa-koridor (tanpa-sempadan), percuma.

Keterangan Saintifik Lebih Lanjut * :  Apabila ILLH Menghantar kod-kod 'pembentukan' untuk suatu bintang, kod-kod 'pembentukan' bersamaan (corresponding) untuk jalur-jalur cahaya juga dihantar keseluruh Dunia. Semasa kod-kod untuk bintang itu 'membentuk' (menjadi) bintang, kod-kod untuk jalur-jalur cahaya akan 'membentuk' cahaya bersamaan diseluruh Dunia. Apabila kod-kod 'Penggulungan' (kemusnahan) untuk suatu bintang dihantar, kod-kod bersamaan untuk jalur-jalur cahaya dihantar keseluruh Dunia. Kod-kod untuk jalur-jalur cahaya akan membentuk cahaya-cahaya yang menganimasikan 'Penggulungan' (kemusnahan) bintang itu. Ingat, proses Permulaan atau Pengakhiran melibatkan berbillion-billion bintang. Masa Penghantaran kod-kod ILLH kemana-mana diDunia ini adalah serta-merta.

Sekarang adalah masanya untuk mengucapkan 'Selamat Tinggal' kepada teori 'Big Bang' dan 'Lubang Hitam'nya. Kerana teori itu tidak boleh menerangkan sangat pendeknya masa proses Penciptaan atau Pengakhiran yang akan kita saksikan tidak lama lagi. Juga, ada beberapa jenis cahaya - cahaya vektor dan cahaya skalar (mengejutkan?). Cahaya skalar tidak membentuk bayang-bayang. Cahaya mempunyai ciri-ciri berlainan dibawah Hukum Fizik berbeza (atau tanpa Hukum Fizik).

Siapa yang Mengajar kami semua ini?  ILLH, Punca segala Kejadian dan sains-sains berkaitan dengan Kejadian-kejadian itu. Kami tidak belajar semua ini semasa kami belajar Fizik diBangunan Van Allen. Cuba bayangkan ketika ILLH Mengajar kami yang atom itu sebenarnya 'tiada'. Kami berusia lebih kurang 5 tahun ketika itu. Jangan tanya kami samada Umat Manusia boleh terbang seperti burung atau tidak diDunia Baru (mungkin boleh), kami belum tahu banyak tentang Hukum Fizik Baru. Juga, Babi akan mempunyai Kimia, Biologi, Geografi, Geologi, dll baru yang datang dengan suatu proses Permulaan.

Tugas kami ialah untuk memberi penerangan asas saintifik sangat ringkas kepada peristiwa-peristiwa sangat besar yang akan berlaku tidak lama lagi. Kami tidak Ditugaskan (dan tidak berkelayakan) untuk membuat kajian mendalam

 


'TARIAN' BINTANG-BINTANG DAN BINTANG-BINTANG BARU YANG BERWARNA-WARNI

Kami menerima Petunjuk pada 20 Oktober, 2003 yang panjang masa proses-proses Pemusnahan bintang-bintang lama atau Penciptaan bintang-bintang baru ialah hanya beberapa 'hari'. Ia adalah amat menarik kerana Pemusnahan bintang-bintang lama akan mengikut 'pergerakan' (pattern) yang sangat menarik. Kemudian ia diikuti oleh satu masa rehat seperti yang telah kami tulis. Penciptaan bintang-bintang baru akan mengikut 'pergerakan' berbeza yang juga sangat menarik. Bintang-bintang lama itu akan seolah-olah membuat 'tarian'selamat tinggal sementara bintang-bintang baru itu akan seolah-olah membuat 'tarian' kami datang. Dan untuk pertama kalinya ILLH Menunjukkan yang bintang-bintang baru tidak serupa dengan bintang-bintang lama, mereka jauh lebih cantik dan "berwarna-warni" (atau "nampak baru").

Tidakkah kita terperasan bintang-bintang sekarang (Dunia lama) agak 'rata (plain vanilla) warnanya' (atau 'nampak tua')?  Kami tidak mempunyai alat-alat visual untuk merekodkan peristiwa sangat penting ini nanti. Nampaknya kami cuma boleh bersyukur kerana mendapat kunci Kuncian Ketujuh yang akan memulakan peristiwa sangat menarik ini nanti.

MATAHARI BARU AKAN BERBEZA DARI MATAHARI LAMA


Ilqrin dan Kesaksian-kesaksian menerangkan yang semua bumi-bumi baru Babi akan tersangat nyaman. Ini secara tidak langsung menyatakan yang cahaya matahari baru mempunyai ciri-ciri berbeza dari matahari lama. Jika kita menganggap cahaya sebagai gelombang, matahari lama mengeluarkan "cahaya gelombang pendek" sementara matahari baru menghasilkan "cahaya gelombang panjang". Keterangan dan bahang matahari baru akan lebih kurang sama dibumi-bumi yang paling dekat atau paling jauh dari matahari baru itu.

Walaupun semua bumi-bumi di sistem solar Babi boleh didiami, mereka mempunyai perbezaan-perbezaan yang menarik. Lapisan magnet (magnetic belt) yang mengelilingi bumi-bumi sistem solar Babi akan berada diketinggian jauh lebih tinggi dibandingkan lapisan magnet Van Allen Bumi lama (nampak sebab saintifiknya?).



LAGI TENTANG PENCIPTAAN DAN PENGAKHIRAN
Nama-nama cadangan bumi-bumi baru Babi .


Dunia Kod Penciptaan (Kod Dunia) Kod Pengakhiran Planet-planet sistem solar bumi yang boleh didiami Hayat dunia dikira menggunakan kod (didalam tahun setempat #)
1
1
2
3
10,000,000
2
3
4
5
1,000,000
3
5
6
7
100,000
4
7
8
9
10,000
5
9
10
12
1,000

# Tahun adalah 'tahun setempat' dunia-dunia itu dan tidak ditukar kepada tahun-tahun dunia keempat (kami tidak mempunyai tabel penukarannya). Satu tahun setempat didunia pertama mungkin 30-50 kali lebih panjang daripada satu tahun setempat didunia keempat. Satu tahun didefinasikan sebagai masa diambil oleh bumi yang boleh didiami (diBabi, bumi dimana ibukota SLM terletak) untuk membuat satu pusingan orbit mengelilingi mataharinya. Ilqrin menunjukkan yang masa-masa setempat dunia-dunia berlainan adalah berbeza dengan mengatakan hinggakan hari-hari (masa bumi-bumi membuat putaran sendiri) didunia kelima adalah lebih panjang dari hari-hari didunia keempat. Dari kod-kod, sistem alam dunia dianggarkan berakhir selama 11,111,000 'tahun-tahun setempat' dunia-dunia berlainan. Angka itu jika ditukar kepada tahun setempat dunia keempat mungkin melebihi setengah billion tahun.


Ilqrin dan Kesaksian-kesaksian menceritakan yang ILLH Mencipta dunia (ini bukan sistem alam Dunia) dalam masa enam hari (walaupun terdapat perbezaan kecil kerana pemalsuan oleh dajal-dajal). Adalah benar Penciptaan yang lepas dimana ILLH Menciptakan dunia sekarang mengambil masa hanya enam 'hari' (bulan). Penciptaan yang akan datang adalah Penciptaan dunia yang terakhir didalam sistem alam Dunia. Malah, sebenarnya ada banyak Penciptaan dan Pengakhiran sebelum proses Penciptaan Enam 'Hari' yang lalu. Dari kod-kod, kita boleh merumuskan terdapat lima dunia berurutan didalam sistem alam Dunia sebelum sistem alam itu dimusnahkan selama-lamanya. Penciptaan dan Pengakhiran dunia pertama dikodkan 1 (Penciptaan) dan 2 (Pengakhiran). Untuk dunia kedua Penciptaan dan Pengakhiran dikodkan 3 dan 4, untuk dunia ketiga dikodkan 5 dan 6, untuk dunia keempat dikodkan 7 dan 8, dan untuk dunia kelima dan terakhir dikodkan 9 dan 10.  Kod-kod dunia adalah sama dengan kod-kod Penciptaannya.

Tidak seperti Penciptaan dan Pengakhiran yang lalu, Penciptaan (dunia kelima dan terakhir) dan Pengakhiran (dunia keempat) yang akan datang mempunyai penonton-penonton. Bagaimana dengan dinosaur-dinosaur?  Mereka tidak musnah kerana bumi ini dilanggar objek-objek angkasa-lepas (antar-reksa). Mereka musnah apabila  bumi lain mereka musnah semasa Pengakhiran dunia lain mereka. Apabila bumi mereka dimusnahkan, ILLH Memindahkan sebahagian sisa-sisa mereka kebumi baru dan kebumi seterusnya. Bumi-bumi yang diCipta di'tuakan' (aged) sesuai dengan Penciptaan-Penciptaan (dan Pengakhiran-Pengakhiran) sebelum itu. Sebilangan spesis haiwan, tumbuh-tumbuhan, dll. tidak dimusnahkan habis semasa Pengakhiran dan dipindahkan kedunia-dunia baru. 

Kami tidak tahu sebab-sebab sebenar mengapa ILLH Memindahkan sebahagian sisa-sisa bumi-bumi yang diMusnahkan kebumi-bumi yang diCipta atau mengapa bumi-bumi yang diCipta di'tuakan' mengikut umur sistem alam Dunia. Dari petunjuk-petunjuk baru-baru ini (atas, bintang-bintang yang berwarna-warni), Penciptaan dunia kelima dan terakhir (kod dunia 9) berbeza dari Penciptaan-penciptaan sebelumnya. Dunia kelimatidak akan di'tuakan' sebagaimana dunia-dunia lain dituakan kerana ILLH Menciptanya sebagai bayangan (preview) Syurga. Juga, dunia kelima akan mempunyai mungkin dua belas bumi-bumi yang boleh didiami sementara didunia-dunia sebelumnya mempunyai hanya satu bumi boleh didiami. Didalam Pengakhiran dunia keempat dan Penciptaan dunia kelima yang akan datang, Umat Manusia dan mungkin sebilangan babi, anjing, kaldai, dll akan dipindahkan kebumi-bumi baru. Sebilangan spesis haiwan akan dimusnahkan dan sebilangan spesis baru akan diCipta.

Berapa umur dunia sekarang?  Lebih kurang sepuluh ribu tahun. Berapa umur sistem alam dunia?  Mungkin beratus juta tahun. Umat Manusia selalu percaya teori-teori dajal-dajal berkenaan Penciptaan. Adalah benar ILLH Mencipta dunia berkod tujuh dalam masa enam 'hari' (bulan) kira-kira sepuluh ribu tahun dahulu. Umat Manusia akan menyaksikan kebenaran tentang Penciptaan dan Pengakhiran. Dajal-dajal pembohong tidak akan menyaksikannya. Umat Manusia akan menyaksikan yang teori Evolusi cumalah rekaan dajal-dajal dungu. Sebenarnya dajal-dajal tidak tahu banyak tentang Penciptaan dan Pengakhiran. Seperti diterangkan didalam Ilqrin dan Kesaksian-kesaksian (Peter 2:12), mereka membuat pembohongan tanpa pengetahuan atau bukti.
 


PENERANGAN LANJUT TENTANG SISTEM-SISTEM ALAM.

Sistem alam adalah program 'tempat pengisian' (container) dimana alam-alam terletak didalamnya. Alam-alam adalah 'isian-isian' (contents) didalam satu 'tempat pengisian'. Sebagai contoh dunia sekarang adalah dunia (satu alam atau isian) yang keempat didalam sistem alam Dunia ('tempat pengisian'). Terdapat tiga sistem alam yang diketahui; sistem alam Syurga (terbesar), sistem alam Dunia dan sistem alam Neraka (terkecil). Sama seperti sebagaimana terjadi Penciptaan dan Pengakhiran dunia-dunia didalam sistem alam Dunia, Penciptaan dan Pengakhiran juga berlaku didalam sistem alam Syurga dan sistem alam Neraka. Perbezaannya ialah semasa Penciptaan dan Pengakhiran didalam sistem alam Syurga atau sistem alam Neraka, semua kehidupannya dikekalkan.

Menurut Ilqrin, semua sistem-sistem alam diKendalikan ILLH dari IRC (disebut 'i | roc'). IRC berada diSyurga. Dari fakta-fakta diatas, kita boleh merumuskan yang dua sistem alam (Syurga dan Neraka) adalah kekal manakala satu sistem alam (Dunia) tidak kekal.

SEKUEN PENGAKHIRAN DAN PENCIPTAAN.

Sebelum sebuah dunia lama diakhirkan, mahluk-mahluk utama yang tidak dipilih untuk dipindahkan kedunia baru (untuk dunia sekarang, dajal-dajal) dimusnahkan. Apabila dunia lama itu diakhirkan, sistem solar bumi lama berpenghuni tidak dimusnahkan sama. Dunia baru diciptakan dan bumi (atau bumi-bumi) baru yang akan berpenghuni akan bersatu dengan bumi lama untuk pemindahan mahluk-mahluk, sisa-sisa, dll. Selepas penyatuan itu barulah sistem solar bumi lama dimusnahkan. Semasa penyatuan akan datang, Umat Manusia akan tiba-tiba berada diBumi baru dan melihat bumi lama semakin jauh. Bumi (atau bumi-bumi) baru bersatu dengan (melalui) bumi lama tanpa menyebabkan sebarang kesan 'perlanggaran'.



Laman ini membahagikan orang kepada DUA golongan
Orang-orang keturunan Iblis yang telah melanggar Perjanjian Pertama tergolong dalam satu golongan, dipanggil 'Dajal-dajal (Nas)', 'yang Dilaknat', 'yang Bersalah', 'yang Tidak Amanah', 'Golongan Atas', 'Golongan Islam Sebenar', dsb. Orang-orang yang lain tergolong dalam satu golongan lagi, dipanggil 'Umat Manusia (Insn)', 'Anak-anak Adm (Bni Adm)', 'yang Tidak Bersalah', 'yang Amanah', dsb.


Tiada Hak Dituntut.
ISLOWHORN @ ILLH (YSI HSN) DAN HANYA ISLOWHORN @ ILLH (YSI HSN) MENGETAHUI SEGALANYA

small logo